Wednesday, October 19, 2011

Lepas Ni..

hari yang aku lalui akan sentiasa bergenang dengan airmata.
seolah2 dunia aku gelap,takde cahaya langsung.
aku tak pernah sangka semua ni akan jadi.
kalau la aku tau..
*lap airmata*

apa pun,aku berterima kasih dengan semua yang tenangkan aku,bagi semangat termasuk semua orang dekat tempat kerja.aku mengaku,bila semua ni jadi,aku memang bingung.aku tak boleh nak berfikir panjang.apa yang aku fikir,aku nak jaga ayah 24 jam.
aku nak jadi orang pertama yang dia tengok bila dia bukak mata.

Alhamdulillah..
dua kali yang pertama dia bukak mata,dia nampak aku.
dan tangan yang dia pegang masa dia sedar,tangan aku juga
masa tu,aku menangis tak leh kawal.aku sedih dengan keadaan dia dan paling buat aku sedih,aku banyak buat dosa dengan dia.
*lap airmata*

ramai yang datang melawat ayah aku cakap kat aku yang hajat ayah aku tercapai.
bila aku tanya,dorang cakap macam ni
'ayah adah cakap kalau dia sakit,dia tak kisah sebab ada nurse jaga dia.dia tak nak nurse lain.dia nak adah jugak'..
aku tunduk terdiam.
cuma airmata dan sedu je yang kedengaran.
seribu penyesalan timbul.
kalau la angah tau,ayah..

jumaat ni nak balik jumpa ayah.
tak sabar nak peluk,cium dia.
tak sabar nak tengok dia bukak mata.
*lap airmata*

oh nak shopping barang ayah.nak beli apa ya.
pampers,bantal kecik,tisu.
hurm..apa ya.
takpe la.nanti tengok.

*monolog hati*

dah sue,dah..jangan menangis ok? kau kena kuat untuk ayah.kau tak boleh lemah.kau kena bagi semangat kat ayah.dia jela ayah kau,sue.kalau dia takde,siapa yang nak peluk kau,gurau kasar dengan kau,belai rambut kau,cium dahi kau.kau tak nak lagi ke semua tu?
ingat sue.kau kena kuat sue,kuat..
jangan menangis.simpan airmata kau.
jadikan kelemahan kau sebagai kekuatan.

No comments:

Post a Comment