Sunday, November 6, 2011

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

ayah..
Selamat Hari Raya Aidiladha
:')

ayah macam mana dekat sana?
ayah balik tak?
angah tak nampak ayah tapi angah tahu ayah nampak kami semua.
ayah..
kami rindu ayah
:'(

ibu masak 4 jenis lauk.
lauk yang biasa kita makan masa raya.
tapi bezanya hari ni,ayah takde masa kami makan bersama.
airmata menitis setiap kali menyuap makanan ke dalam mulut.
biasanya,orang yang paling riuh masa makan ialah ayah..
tapi hari ni,sunyi sepi je.

ayah..
kami bertiga pakai jubah.ibu belikan.
ibu kata "cantiknya.."
kalau ayah ada,mesti ayah senyum kan?
:')

ayah..
makjang kata malam hari tu,dia mimpi ayah datang umah abah.
ayah nak tumpang tidur sana.
kenapa ayah tak nak tidur sini?
kami rindukan ayah..
angah rindu nak peluk ayah.
pegang pipi ayah..
cium pipi ayah..
:'(

ayah..
lagi seminggu,adik nak exam SPM.
kesian dia..
muka nampak sedih tapi sekarang,nampak lebih baik dari sebelum ni.
ayah..
terima kasih sebab bagi kami semangat.
:')

sejak ayah tinggalkan kami,
hidup terasa sunyi.
dulu,ayah selalu call angah.
tanya angah dah makan ke belum,kerja ok ke tak.
tapi sekarang?
tiada siapa yang tanya macam tu sekarang.
angah rindu sangat dekat ayah..
:'(

ayah..
lepas ni angah tak boleh nak balik selalu.
duit tak banyak
tapi angah akan pastikan setiap bulan angah tengok adik,ibu.
:')

ayah..
angah tak kuat sembahyang tapi angah akan pastikan setiap kebaikan yang angah lakukan,angah niatkan untuk ayah.
semoga ayah tenang di sana.
:')

ayah..
nanti kita jumpa lagi ya.
ayah jaga diri baik2 tau.
assalamualaikum,ayah..

Saturday, November 5, 2011

#4

tajuk entri macam pelik je.
tapi tu la..

#4

ingat lagi masa mula-mula kenal dia.as time passes by,shit happened.
and it's because of me.
everything messed up.
we're broke up.

tapi hari ni.
dia teman aku.dia beri semangat pada aku.
dia tak berhenti menyatakan pada aku
"you'll never walk alone,Sue"

terima kasih #4.
cuma kau saja yang memahami apa yang aku rasakan sekarang.
ya.. aku silap.
seperti kau kata,semua orang selalu buat keputusan yang salah.
dan aku,antara golongan itu.

what past is past..
terima kasih kerana mengingatkan aku.
:")

kau tahu apa aku rasa sekarang?
aku rasa dihargai.
sudah lama aku tak merasai perasaan itu.
terima kasih sekali lagi
:")

di saat aku jatuh,kau bangunkan aku.
di saat kau jatuh,aku tinggalkan kau.
maafkan aku..

kalau la aku tahu..
*long pause*

#4
terima kasih sebab memaafkan aku.
aku dah terlalu banyak menyakiti hati kau dan orang lain.
ketiadaan ayah mengingatkan aku pada banyak perkara.

ayah aku tak pernah berdendam dengan orang.
dia seorang yang pemaaf dan mudah mengungkap kata maaf tak kira salah siapa.
aku mahu jadi seperti dia.
aku melutut dengan dua kaki ku,
aku minta maaf..

sehingga saat aku meninggalkan meja tadi,
aku hanya mampu mengesat airmata.
aku terlalu banyak menyakiti hati kau.

aku harap kita akan kekal begini.
kekal sebagai sahabat.
di kala aku menangis,kau beri kata semangat.
di kala aku ketawa,kau beri senyuman.

terima kasih
#4

Thursday, November 3, 2011

I Miss You..

You used to call me your angel
Said I was sent straight down from heaven
And you'd hold me close in your arms
I thought of the way you felt so strong

I never wanted you to leave
I wanted you to stay here holdin' me

I miss you, I miss your smile
And I still shed a tear every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow

My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you,
I miss you

You used to call me your dreamer
And now I'm livin' out my dream
How I wish you could see
Everything that's happenin' for me

I'm thinkin' back on the past
It's true the time is flyin' by too fast

I know you're in a better place yeah
But I wish that I could see your face, oh
I know you're where you need to be
Even though it's not here with me

I miss you, I miss your smile
And I still shed a tear every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow

My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you, I miss your smile
And I still shed a tear every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow

:'(

Wednesday, November 2, 2011

Tiga Hari Selepas Ayah Pergi..

ayah..
dah tiga hari ayah tinggalkan angah.
gelak tawa ayah masih terngiang-ngiang dekat telinga angah.
ayah mesti suka tengok ramai saudara2 kita datang..
sampai ada yang angah tak berapa cam muka.
tengok..
dulu ayah kenalkan saudara,angah tak pernah nak ingat.
teruk angah kan,ayah?
:'')

ayah..
angah mintak maaf sebab malam semalam angah tak baca yasin untuk ayah..
angah penat sangat.
tapi malam tadi sejuk..
angah tido takde selimut.
kalau ayah ada,ayah mesti selimutkan angah.
ayah..angah rindu ayah
:'')

ayah..
esok angah nak balik.
selalu kalau angah nak balik KL,ayah mesti peluk,cium angah lama2 pastu ayah menangis.
terketar2 bibir ayah menahan airmata.
angah jahat kan,ayah?
sampai hati angah tinggalkan ayah..

ayah..
angah tak tahu apa yang angah rasa sekarang.
tapi yang pasti,angah sedih sangat bila dengar orang sebut "arwah ayah" atau "arwah long"..
angah selalu rasa ayah ada sebelah angah.
angah tau ayah tak pergi jauh lagi tapi angah je yang tak nampak ayah.
kalau boleh,angah nak jumpa ayah.
rindu sangat2..
:'')

ayah..
lagi dua minggu adik nak exam.
kesian dia..
asyik menangis je.
semangat dia pergi dengan ayah.
angah pun tak tahu apa yang angah perlu buat,ayah..
kalau boleh,angah nak dia berjaya walaupun ayah tinggalkan dia saat dia perlukan ayah di samping dia..
ayah tolongla beri semangat dia,ya?

ayah..
ayah jenguk2 la ibu dengan adik bila angah dengan along dah balik KL..
kesian dorang.
ibu tak berapa sihat.
adik pulak nak exam.
insyaAllah,raya haji nanti angah teman ayah ye..

oh esok sebelum angah balik,angah jumpa ayah ye.
takpe..
walaupun takde pelukan dan ciuman untuk ayah tapi angah tetap "peluk" ayah dengan al fatihah..
:'')

selamat malam,ayah..
assalamualaikum..