baru kejap ni,aku pergi beli makanan dekat Medan Selera Kampung Baru.aku tengok banyak kucing-kucing berkeliaran dekat sini.nak kata kucing terbiar,nampak gemuk je.yela..kucing terbiar kan tak cukup makan.mesti la kurus.
aku berborak dengan akak PPK klinik aku pasal kucing.untuk pengetahuan,penduduk di kuarters ataupun PPR TIDAK SAMA SEKALI dibenarkan memelihara binatang di dalam kawasan masing-masing.
ok fine.ada buruk,ada baik bila undang-undang macam ni dicipta.ada setengah orang alergik dengan bulu kucing,contoh macam pesakit asma.fyi,alergik boleh membawa kematian.so,memang tak patut la bela binatang.aku pernah dengar satu cerita pasal arwah ex gf sorang mamat ni yang menghidap asma tapi dia bela lebih dari 3 ekor kucing.well,kalau sayang,mati pun sanggup kan?
ok,back to the topic.mak aku pun ada bela kucing jugak masa kitorang duduk kat flat Puchong.mak aku letak baik2 dalam sangkar,bagi makan semua.nak bagi keluar,JANGAN HARAP! bukan apa,tau la orang sekarang ni bawak kereta/motor macam orang hilang akal.tak tengok kiri kanan,main langgar je.
dekat sini,aku tengok punya la bersepah kucing berkeliaran.akak PPK cakap,kucing orang kuarters bela.
macam tadi,aku nampak ada seekor kucing hampir nak kena langgar dengan kereta.
aku? cuma boleh tutup mata.
*rasa macam nak jerit je*
woii bodoh! kalau dah tau tak leh bela,jangan la bela.kalau nak bela pun,letak la kat tempat yang proper.bagi makan elok2.tau tak korang da naya kucing tu?
aku teringat dekat mak dengan ayah tiri aku.ada sekali,kitorang memang dah takde duit langsung.mak aku pinjam rm50 dekat kawan dia.benda first yang dia beli,makanan untuk kucing2 kat rumah.mak aku cakap,dia sanggup lapar dari biarkan kucing aku lapar.
*long pause*
*kesat airmata*
aku rindu dekat kucing aku.korang bernasib baik sebab berada dalam tangan orang yang sayangkan korang iaitu mak dengan ayah tiri aku.tapi kawan2 korang dekat luar ni? .............
No comments:
Post a Comment