Saturday, December 31, 2011

Story From A Song

#np Vanessa Carlton - A Thousand Mile

31/12/2011 @ 0049
haa.. aku memang sangat la blur di saat ni.disamping melayan kengkawan dekat pesbuk.
dapat jugak la hilangkan boring.
hamagadd..lapar pulak.
perut bunyik (T____T)

#np Ben E.King - Stand By Me

suka gila versi ni.
oldies gila.
rasa macam kembali ke zaman Elvis Presley hehe!

#np Bruno Mars - It Will Rain

selain lagu Christina Perri,aku suka lagu Bruno Mars.
paling suka bila tengok lelaki main piano/gitar.
tak kisah la nyanyi lagu apa pun.
*speechless*
sayang,#5 tak pandai main gitar.
pandai nyanyi je.
suddenly teringat #4 yang propose aku dekat kedai gitar sambil menyanyi lagu
Muse - Unintended
ahhh.. benda dah lepas. malas nak layan perasaan sangat.

eh
apa motif aku sebenarnya taip macam ni?
entah.aku pun no idea.
lebih kepada kebosanan sebab duduk dalam bilik dari petang tadi.

oh esok dah masuk 2012.
banyak harapan untuk tahun depan.
kejap lagi nak buat wishlist.
:)

Friday, December 30, 2011

the lonely for a thousand years

aku tak tau la apasal sejak dua menjak ni memanjang je emosi.dengar lagu christina perri berulang-ulang kali.
oh mungkin,lagu dia kena dengan jiwa aku sekarang ni..dan setipa kali tu juga,lagu yang aku dengar selalu sama dengan apa yang aku fikirkan waktu tu..

#np A Thousand Years : Christina Perri

di saat aku sedang menyegarkan diri untuk berblogging selepas sekian lama tak update,aku sedang fikirkan seseorang yang dah menyedarkan aku tentang hidup ini sementara sahaja.

ramai yang kata,life must go on..
yeah yeah. ok. i get it.

aku memang dah go on pun walaupun kadang2 it's a little hard and painful to get through the time and day tapi itu takkan membawa dia kembali pada aku semula.

kau pernah rasa tak saat ko tengah gelak2 dengan orang lain,tiba2 kau terbayang muka seseorang yang dah tinggalkan kau or maksud aku,dah meninggal?
aku selalu rasa macam tu.
terutama bila aku duduk sorang2 dalam bilik.

kadang2 aku rasa aku ni seolah2 menunggu satu panggilan dan bila aku angkat,aku akan dengar suara yang bercakap macam ni dekat aku..

"angah.. anak ayah. ayah sayangkan angah"

i know,even a thousand years more,i won't be able to hear his voice.. again


#np The Lonely - Christina Perri

tiap kali aku nak tidur,kepala aku akan berpaling ke arah meja kecil sebelah katil aku dimana aku letak gambar ayah dengan aku. satu2 nya gambar yang aku jumpa dan satu2 nya gambar yang aku ambil berdua dengan ayah. waktu tu,umur aku 16 tahun.

it's been over a years,huh?

now,i'm lying on my bed alone with nobody arounds.
listening to all sad songs.
#cryingisthelastshitthingieverdone

deep inside,i feel so alone.
i just miss someone.
i miss him so bad.
if only i get a chance to see his smile.. again

loneliness is my best friend right now.
i don't want to stay alone in my room but i'm not interested spending my time with others.
hmm.. maybe i should.

oh.
less talk
:D

anyway,besides of this emotional feeling i had,i just want to say happy new year to everyone who read my blog and both my follower :)
i guess this is a new start for me to get over everything that i've done before.
yeah. too bad,it's too late but never mind.
hmm..
haa..
my wish for 2012 is..
ahh..
i don't have to tell anyone.
i'll keep it secretly.

i'll let the time tell you everything
:)

Sunday, December 4, 2011

30 Hari Selepas Ayah Pergi

it should be on 30th November 2011,not today..
but i've tried to gain my courage to write this..

ayah..
30th Nov,genap 30 hari ayah tinggalkan kami.
ayah..
susah untuk kami terima kenyataan yang ayah dah pergi tinggalkan kami selamanya.

ayah..
semenjak ayah pergi,hidup angah suram.
selalu ayah call angah,gelak2 dalam telefon tapi sekarang..
*lap airmata

ayah..
semenjak ayah pergi,kaki angah terasa berat untuk melangkah.
angah rasa semangat angah dah dibawa pergi bersama ayah..
angah senyum,ketawa tapi dalam hati,angah mati.. i'm dying inside ayah..

angah nak sangat dengar yang semua ni tak berlaku..
semua ni salah faham..
i really miss you,ayah..
miss you so badly..

*if only money can buy me a time machine
can't replace you with a million ring
i should told you what you meant to me
cause now i pay the price..*

ayah..
genap 40 hari ayah pergi,hari tu juga hari konvokesyen angah.
angah tak pergi sebab ayah lagi penting.
mungkin,hari itu angah dapat bertemu ayah lagi..
siapa tahu kan?

ayah..
rindu angah pada ayah tak dapat angah tahan.
cuma airmata dan bacaan yasin saja yang mengiringi setiap malam angah..

angah tak sanggup nak menanggung derita merindui ayah..
ayah..
bawa la angah bersama ayah.
supaya angah dapat menjaga ayah seperti yang ayah nak..

ayah..
angah minta maaf.
angah minta maaf banyak2.

angah tak nak ayah terseksa di sana tapi angah tak dapat tahan airmata ni dari jatuh..
dari jauh,angah kirimkan yasin dan al-fatihah untuk ayah..

ayah..
ada puisi yang angah tulis khas untuk ayah..
angah harap ayah dapat dengar walau ayah tiada dengan angah ketika ini..

awan berarak,langit gelap seketika
hujan merintik,hatiku rintih..

ayah..
kau yang pertama,tiada kedua
kau pengubat jiwa,kau penglipur lara
namun di kala aku sedar,kau tiada bersama
di kala aku kelam,kau hilang tenggelam..

ayah..
kerinduanku padamu memedihkan jiwa
terbuku hatiku dipendam dek airmata
jika kau ada bersama walau seketika
aku cuma ingin menyatakan padamu
"ayah.. don't forget that i'll always love you"

ayah..
kau pergi bersama semangat hidupku.
ya,aku mampu senyum,aku mampu ketawa
tapi hati dan jiwa,
sentiasa kelam nan gelita.

ayah..
aku tahu hidup perlu diteruskan tapi
aku perlukan kau untuk meneruskan langkah ku..
aku harap kau sentiasa tahu
hanya kau yang aku perlu..

ayah..
dari jauh,ku kirimkan
al fatihah dan yasin serta bacaan al quran
semoga kau berbahagia,aman disana
diangkat darjat dan kemuliaan di mataNya.

selamat malam.
assalamualaikum..

Sunday, November 6, 2011

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

ayah..
Selamat Hari Raya Aidiladha
:')

ayah macam mana dekat sana?
ayah balik tak?
angah tak nampak ayah tapi angah tahu ayah nampak kami semua.
ayah..
kami rindu ayah
:'(

ibu masak 4 jenis lauk.
lauk yang biasa kita makan masa raya.
tapi bezanya hari ni,ayah takde masa kami makan bersama.
airmata menitis setiap kali menyuap makanan ke dalam mulut.
biasanya,orang yang paling riuh masa makan ialah ayah..
tapi hari ni,sunyi sepi je.

ayah..
kami bertiga pakai jubah.ibu belikan.
ibu kata "cantiknya.."
kalau ayah ada,mesti ayah senyum kan?
:')

ayah..
makjang kata malam hari tu,dia mimpi ayah datang umah abah.
ayah nak tumpang tidur sana.
kenapa ayah tak nak tidur sini?
kami rindukan ayah..
angah rindu nak peluk ayah.
pegang pipi ayah..
cium pipi ayah..
:'(

ayah..
lagi seminggu,adik nak exam SPM.
kesian dia..
muka nampak sedih tapi sekarang,nampak lebih baik dari sebelum ni.
ayah..
terima kasih sebab bagi kami semangat.
:')

sejak ayah tinggalkan kami,
hidup terasa sunyi.
dulu,ayah selalu call angah.
tanya angah dah makan ke belum,kerja ok ke tak.
tapi sekarang?
tiada siapa yang tanya macam tu sekarang.
angah rindu sangat dekat ayah..
:'(

ayah..
lepas ni angah tak boleh nak balik selalu.
duit tak banyak
tapi angah akan pastikan setiap bulan angah tengok adik,ibu.
:')

ayah..
angah tak kuat sembahyang tapi angah akan pastikan setiap kebaikan yang angah lakukan,angah niatkan untuk ayah.
semoga ayah tenang di sana.
:')

ayah..
nanti kita jumpa lagi ya.
ayah jaga diri baik2 tau.
assalamualaikum,ayah..

Saturday, November 5, 2011

#4

tajuk entri macam pelik je.
tapi tu la..

#4

ingat lagi masa mula-mula kenal dia.as time passes by,shit happened.
and it's because of me.
everything messed up.
we're broke up.

tapi hari ni.
dia teman aku.dia beri semangat pada aku.
dia tak berhenti menyatakan pada aku
"you'll never walk alone,Sue"

terima kasih #4.
cuma kau saja yang memahami apa yang aku rasakan sekarang.
ya.. aku silap.
seperti kau kata,semua orang selalu buat keputusan yang salah.
dan aku,antara golongan itu.

what past is past..
terima kasih kerana mengingatkan aku.
:")

kau tahu apa aku rasa sekarang?
aku rasa dihargai.
sudah lama aku tak merasai perasaan itu.
terima kasih sekali lagi
:")

di saat aku jatuh,kau bangunkan aku.
di saat kau jatuh,aku tinggalkan kau.
maafkan aku..

kalau la aku tahu..
*long pause*

#4
terima kasih sebab memaafkan aku.
aku dah terlalu banyak menyakiti hati kau dan orang lain.
ketiadaan ayah mengingatkan aku pada banyak perkara.

ayah aku tak pernah berdendam dengan orang.
dia seorang yang pemaaf dan mudah mengungkap kata maaf tak kira salah siapa.
aku mahu jadi seperti dia.
aku melutut dengan dua kaki ku,
aku minta maaf..

sehingga saat aku meninggalkan meja tadi,
aku hanya mampu mengesat airmata.
aku terlalu banyak menyakiti hati kau.

aku harap kita akan kekal begini.
kekal sebagai sahabat.
di kala aku menangis,kau beri kata semangat.
di kala aku ketawa,kau beri senyuman.

terima kasih
#4

Thursday, November 3, 2011

I Miss You..

You used to call me your angel
Said I was sent straight down from heaven
And you'd hold me close in your arms
I thought of the way you felt so strong

I never wanted you to leave
I wanted you to stay here holdin' me

I miss you, I miss your smile
And I still shed a tear every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow

My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you,
I miss you

You used to call me your dreamer
And now I'm livin' out my dream
How I wish you could see
Everything that's happenin' for me

I'm thinkin' back on the past
It's true the time is flyin' by too fast

I know you're in a better place yeah
But I wish that I could see your face, oh
I know you're where you need to be
Even though it's not here with me

I miss you, I miss your smile
And I still shed a tear every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow

My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you, I miss your smile
And I still shed a tear every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow

:'(

Wednesday, November 2, 2011

Tiga Hari Selepas Ayah Pergi..

ayah..
dah tiga hari ayah tinggalkan angah.
gelak tawa ayah masih terngiang-ngiang dekat telinga angah.
ayah mesti suka tengok ramai saudara2 kita datang..
sampai ada yang angah tak berapa cam muka.
tengok..
dulu ayah kenalkan saudara,angah tak pernah nak ingat.
teruk angah kan,ayah?
:'')

ayah..
angah mintak maaf sebab malam semalam angah tak baca yasin untuk ayah..
angah penat sangat.
tapi malam tadi sejuk..
angah tido takde selimut.
kalau ayah ada,ayah mesti selimutkan angah.
ayah..angah rindu ayah
:'')

ayah..
esok angah nak balik.
selalu kalau angah nak balik KL,ayah mesti peluk,cium angah lama2 pastu ayah menangis.
terketar2 bibir ayah menahan airmata.
angah jahat kan,ayah?
sampai hati angah tinggalkan ayah..

ayah..
angah tak tahu apa yang angah rasa sekarang.
tapi yang pasti,angah sedih sangat bila dengar orang sebut "arwah ayah" atau "arwah long"..
angah selalu rasa ayah ada sebelah angah.
angah tau ayah tak pergi jauh lagi tapi angah je yang tak nampak ayah.
kalau boleh,angah nak jumpa ayah.
rindu sangat2..
:'')

ayah..
lagi dua minggu adik nak exam.
kesian dia..
asyik menangis je.
semangat dia pergi dengan ayah.
angah pun tak tahu apa yang angah perlu buat,ayah..
kalau boleh,angah nak dia berjaya walaupun ayah tinggalkan dia saat dia perlukan ayah di samping dia..
ayah tolongla beri semangat dia,ya?

ayah..
ayah jenguk2 la ibu dengan adik bila angah dengan along dah balik KL..
kesian dorang.
ibu tak berapa sihat.
adik pulak nak exam.
insyaAllah,raya haji nanti angah teman ayah ye..

oh esok sebelum angah balik,angah jumpa ayah ye.
takpe..
walaupun takde pelukan dan ciuman untuk ayah tapi angah tetap "peluk" ayah dengan al fatihah..
:'')

selamat malam,ayah..
assalamualaikum..

Monday, October 31, 2011

The Last Journey..

ayah..
terima kasih sebab menyayangi angah selama ni.
angah mintak maaf sebab angah selalu abaikan ayah.
kesian ayah..
selalu menangis sebab anak2 ayah ni..
angah harap ayah maafkan angah ye..

dulu kalau ayah marah angah,angah selalu melawan ayah.
angah jahat kan,ayah?
tapi lepas ayah marah angah,mesti ayah pujuk angah balik.
ayah peluk angah..
:')

ayah..
terima kasih sebab besarkan angah selama ni.
ayah selalu pesan jangan lupakan orang tua angah.
tak ayah..
angah takkan lupakan asal usul angah.
kalau bukan sebab mak dengan ayah,
angah takde atas muka bumi ni kan?

ayah..
walaupun angah cuma jaga ayah sekejap je tapi tu tak memadai apa yang ayah dah lakukan untuk angah.
cuma Tuhan je yang boleh balas kebaikan ayah pada kami semua.
terima kasih ayah..

ayah..
angah bersyukur sebab angah diberi seorang ayah yang pemaaf,penyayang.
takde siapa dapat ganti tempat ayah dalam hati angah.
angah sayang ayah tau..
selama ni,ayah tak pernah mengadu pa pe pada angah.
ayah selalu cakap "ayah ok nak.."
kesian ayah..
penderitaan ayah,cuma ayah je yang tau.

ayah..
semoga ayah berbahagia di sana.
angah di sini mendoakan yang terbaik untuk ayah.
semoga ayah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.

so long and good night ayah..
al fatihah..

Thursday, October 27, 2011

Menangis..

ahhh...
aku tak boleh tahan la airmata ni.
sekuat mana pun aku nak tahan airmata ni tapi malam ni,aku nangis jugak.
aku pun tak tau la pe perasaan aku.
tapi bila aku teringat ayah,perlaha2 airmata aku jatuh tanpa aku sedar.

ya..
mungkin aku tak patut sedih/menangis sebab itu takkan mengubah keadaan tapi apa yang aku boleh buat?
kalau boleh,aku nak ayah berjalan semula,senyum kat aku,peluk..
aku tak nak ayah macam tu selamanya.
aku tak sampai hati tengok ayah macam sekarang.
terbaring..
lemah..
tak berdaya..
*lap airmata*

aku tak tau mana nak cari kekuatan untuk diri aku.
mak sendiri pun cakap
"satu hari nanti,mak pun kena tinggalkan angah tau.angah kena terima ketentuan Tuhan.
jangan ikut perasaan sangat"

takkkk..aku tak ikut perasaan.
aku cuma mengikut naluri hati aku.
ya..aku tak nak kehilangan mak dengan ayah.
biar aku pergi sebelum mereka supaya aku tak lalui perit kehilangan dorang satu hari nanti.

bukan mudah..
memang bercakap/menaip sms penguat semangat tu mudah tapi bagi orang yang melaluinya?
perit..sangat perit sampai sepatah perkataan pun tak mampu luahkan.

memang aku hipokrit.
aku gelak,aku happy-kan diri sebab aku tak nak orang nampak aku sentiasa sedih,murung fikirkan ayah aku tapi aku ni cuma manusia biasa..
sampai bila aku mampu nak tipu diri.
akhirnya...
aku menangis jugak

diri aku yang sebenar tak mampu nak menjadi lebih hipokrit dari diri aku yang kedua.
nak lihat diri sebenar aku?
tunggu aku menangis.
itu la aku.
mungkin bagi orang yang tak kenal aku dengan rapat akan ingat aku seorang yang kasar tapi semua tu nak tutup kelemahan diri je.

otak aku serabut.
aku tak tau apa yang aku nak cakap sebenarnya.
tapi dalam kekalutan fikiran aku
aku cuma ingat satu benda

aku sayangkan emak dan ayah..

termasuk semua yang sayangkan aku :'')
aku tak nak sesiapa tinggalkan aku.

aku tak nak!
aku tak nak!
aku tak nak!
aku tak nak!

Tuesday, October 25, 2011

Good Or Bad?

for a moment,aku rasa happy sebab ayah dah keluar dari hospital tapi yang jadi unhappy bila aku tau yang aku masih unconscious + confused.
apa punya management pun aku tak faham.
alasan dorang discaj kan awal sebab takut kena jangkitan paru-paru kalau duduk lama2 dalam wad.

woi.kalau nak cakap pasal infection,tu salah korang la sebab takde Infection Control.
aku perhatikan je korang buat kerja.
aku pun one of medical staff la.
dah la korang biarkan je pesakit terlantar tak berjaga.ok.aku pun nurse.aku faham korang sibuk cuma sekurang2 nya kenapa tidak korang tengok pesakit tu.mana la tau dia berak ke.kalau yang ada penjga,takpe la.

dah la.
malas aku nak cakap panjang.
hal ayah aku pun tak setel lagi.
benda simple jadi susah.aku tak faham la.
haih..
aku tak boleh la.otak aku ni mula nak fikir bebukan.

dah sue,dah..
biar je.ko fikir cara terbaik untuk ayah ko.
sebagai anak,ko buat apa yang terbaik untuk ayah.
jangan sia-siakan waktu yang ada.

agaknya macam mana la keadaan ayah sekarang ni.
aku risaukan dia.
entah makan ke tak.

risau risau..

Monday, October 24, 2011

Who Knew..

hari ni mendung je.
banyak sangat benda yang berlaku dalam masa seminggu ni.
semua benda berlalu dengan cepat.
aku pun tergamam.
rasa macam..entah la.aku pun tak tahu macam mana nak terangkan.

aku rasa lemah lutut lepas apa yang berlaku hari ni.
takziah buat kak Letchumi sekeluarga.
kita yang hidup,perlu teruskan hidup.
cuma doa kita je yang mengiringi mereka dekat sana.

masa2 ni la aku rasa nak peluk ayah kuat2.
aku nak beritahu dia yang aku sayang dia sangat2.
aku takut..aku takut tak sempat.
*lap airmata*

dalam keadaan ayah macam ni,kenapa ada yang masih nak pentingkan diri sendiri?
tolong la..
jangan fikirkan kehendak sendiri.
aku tak nak duit.ya,aku memang susah sekarang ni tapi sekurang2 nya aku ada sokongan.
sampai bila nak biar benda ni?
aku tak nak ayah terlantar macam tu selamanya.
aku nak dia berjalan.aku nak bawak dia jalan2,naik kereta aku.
biar la kereta buruk.aku tak peduli.

tolong la..
aku merayu,janganla pentingkan diri sendiri.
aku dah tak tahan.
mentally aku dah breakdown.
tolong la..

Sunday, October 23, 2011

I Wish You Were Here,Ayah..


pagi ni saja belek2 album lama.
tengok gambar satu family.dari zaman aku sekolah sampai aku dah besar.
bila aku tengok balik,rindu zaman tu.
rasa macam nak balik je semula tapi satu benda aku tak nak,kehodohan zaman tu haha!

suka tengok ayah gelak2,happy2.
dulu masa ayah sihat,aku tak nak hargai semua tu.
yang aku tau,aku jarang telefon ayah sampai ayah pernah cakap
"nak tunggu ayah mati,baru nak call ayah ye.."
:'(

bak kata orang,menyesal sekarang memang tak guna.
apa yang aku boleh buat sekarang ni,jaga ayah baik2.
yang penting,dia buka mata macam sebelum ni and boleh berjalan walaupun dengan bantuan.

haaa..
tekanan darah ayah dah turun.
131/85 mmhg.
ok la tu.hopefully,tekanan darah ayah dah mula stabil.

*monolog hati*
ayah,kuat semangat tau
jangan fikir sangat.semua orang tunggu ayah.

sayang ayah sangat2.
bertrillion-trillion lemon
:'')

*peluk kuat2*


Saturday, October 22, 2011

bila kelemahan jadi kekuatan..


aku dah tak nak menangis.
untuk semalam dengan hari ni,aku dah berjaya tak menitiskan airmata.
yayy!
*senyum dalam hati*

aku nak kuat untuk ayah.
aku tau,walaupun ayah tak berapa sedar,dia tetap dengar apa yang berlaku sekeliling dia.
aku tak nak dia lemah semangat.
aku nak ayah tau yang kami semua perlukan dia.
aku nak tengok ayah berjalan sendiri,nak bawak ayah naik kereta buruk aku tu pergi jejalan.

ayah tak tau aku dah beli kereta.
ingat nak buat suprise.tak sempat nak suprise,jadi macam ni pulak.
tapi takpe,aku tak give up sebab aku yakin,ayah boleh pulih.

sekarang,ayah tengah nyenyak tidur.
penat sangat agaknya.
yela..pagi,petang asyik kena golek je sebab tukar pampers hehe!
mintak ampun hehe!

*monolog hati*

ayah,cepat bangun tau.angah tak nak ayah macam ni selamanya.angah tau ayah kuat semangat.lagi kuat dari sesiapa dalam dunia ni.
kalau ayah dah sedar,angah nak beritahu ayah yang angah sayang ayah sangat2.angah janji angah tak nak buat ayah sedih lagi.angah tak nak lebihkan sesiapa.angah nak sayang mak,ayah,ibu,atok,along and semua yang bagi semangat,yang bantu angah selama ni.
angah mintak maaf ayah..
angah mintak maaf..

Minggu Pertama Bila Ayah Dah Sedar..

actually bukan sedar betul2 but better than the first masuk sini.
what a relief..
*hembus nafas lega*

malam tadi adik teman aku.ada la jugak geng nak berborak tapi baru pukul 2,masing2 dah lentok.
siap kongsi2 bantal.
kesian adik..sakit tengkuk.tapi ni la yang orang panggil 'pengorbanan' or 'sacrifice' untuk
orang tua kita.
bila lagi nak buat kalau bukan masa dia tengah sakit macam ni.

malam tadi,ayah macam sombong.
ecehhh..
kemain sombong ye
*tarik hidung ayah*
hehe!

pagi ni maybe dah terang,dah nampak muka aku yang gelap,baru ayah pegang tangan,tarik suruh peluk pastu dia cium pipi
weeeeee~~
*berbunga-bunga hati*

macam biasa,pagi2 lap ayah,mandi kan dia.actually,bukan mandi betul.mandi lap tapi siap basahkan badan dengan sabun.kalau ada rambut,memang dah syampu,sental2 hehe!
baru la nampak ayah selesa.kalau tak,rengsa je.tak nak duduk diam.

pastu dah siap2 semua,ada SEKOR doktor ni tanya aku dah bagi susu ke belum.
aku cakap 'on the way'.yela..mau tak on the way,nak cuci syringe,cawan semua.
boleh pulak dia sound
"bagi cepat sikit boleh x? tekanan darah dia tinggi"

*monolog hati*
wei gila.ko nak suruh bapak aku tonggang macam mana? macam la bagi cepat2,on the spot tekanan darah tu boleh turun.please use ur bloody brain la!
gua bengang betul la.dah la lu cucuk badan bapak gua macam perut lembu,bak kata adik gua.
tak cakap sorry ke,apa ke.

seriously aku cakap,doktor sekarang buat kerja macam robot.tak fikir perasaan orang lain.janji dia dapat apa yang dia nak.
please la..jaga la perasaan pesakit.walaupun dia separuh sedar,tak bermakna dia tak tahu apa yang berlaku tau?

dah la.
aku naik meluat tengok muka doktor tu.
bukan nak kata tak nak hormat doktor especially HO (House Officer)tu tak pandai tapi tolong la,buat kerja jangan macam robot.
fikir sikit perasaan orang.
apa yang ko rasa kalau benda ni berlaku dekat mak bapak ko? mesti perasaan ko bercampur.marah,geram.
so,do i.
aku rasa macam tu.
aku tak nak ayah aku ni jadi medium untuk ko complete kan kerja ko tanpa fikir perasaan dia.

PLEASE DO SHOW SOME RESPECT!

Wednesday, October 19, 2011

Lepas Ni..

hari yang aku lalui akan sentiasa bergenang dengan airmata.
seolah2 dunia aku gelap,takde cahaya langsung.
aku tak pernah sangka semua ni akan jadi.
kalau la aku tau..
*lap airmata*

apa pun,aku berterima kasih dengan semua yang tenangkan aku,bagi semangat termasuk semua orang dekat tempat kerja.aku mengaku,bila semua ni jadi,aku memang bingung.aku tak boleh nak berfikir panjang.apa yang aku fikir,aku nak jaga ayah 24 jam.
aku nak jadi orang pertama yang dia tengok bila dia bukak mata.

Alhamdulillah..
dua kali yang pertama dia bukak mata,dia nampak aku.
dan tangan yang dia pegang masa dia sedar,tangan aku juga
masa tu,aku menangis tak leh kawal.aku sedih dengan keadaan dia dan paling buat aku sedih,aku banyak buat dosa dengan dia.
*lap airmata*

ramai yang datang melawat ayah aku cakap kat aku yang hajat ayah aku tercapai.
bila aku tanya,dorang cakap macam ni
'ayah adah cakap kalau dia sakit,dia tak kisah sebab ada nurse jaga dia.dia tak nak nurse lain.dia nak adah jugak'..
aku tunduk terdiam.
cuma airmata dan sedu je yang kedengaran.
seribu penyesalan timbul.
kalau la angah tau,ayah..

jumaat ni nak balik jumpa ayah.
tak sabar nak peluk,cium dia.
tak sabar nak tengok dia bukak mata.
*lap airmata*

oh nak shopping barang ayah.nak beli apa ya.
pampers,bantal kecik,tisu.
hurm..apa ya.
takpe la.nanti tengok.

*monolog hati*

dah sue,dah..jangan menangis ok? kau kena kuat untuk ayah.kau tak boleh lemah.kau kena bagi semangat kat ayah.dia jela ayah kau,sue.kalau dia takde,siapa yang nak peluk kau,gurau kasar dengan kau,belai rambut kau,cium dahi kau.kau tak nak lagi ke semua tu?
ingat sue.kau kena kuat sue,kuat..
jangan menangis.simpan airmata kau.
jadikan kelemahan kau sebagai kekuatan.

Sunday, October 16, 2011

Bila Pukul 11 Malam

spoil la bila bab tajuk haha!
takpe la.
memang nak cecita pasal pukul 11 malam pun
XD

tetiba,tekak teringin sangat nak makan steamboat
*lacto-vegan tolak tepi haha!
tanpa buang masa,aku culik si dia pergi cari port steamboat paling best
peehhh~~
meleleh balik plak haha!

belasah makan 8 cucuk dua orang.
gila apa nak makan sorang.banyak la weii


bila dah kenyang,aku nak hantar dia balik.
tiba-tiba
*rakaman semula dialog antara aku dengan dia*

b : eh dah nak balik ke?
aku : abis,da kenyang.balik la.pe lagi
b : huh?
aku : apa?
b : *diam je*
aku : jap jap..*sendawa* ok dah.balik.
b : k

haha! jahat la aku.macam takde perasaan je.tapi takpe la.sok lusa ok la tu heeee~

note to si dia: alaaa..nanti2 jela lepak.dah malam sangat.setan bersepah.tunggu sok siang,terang benderang ye.. :))

masa nak naik lif,ada satu couple ni.ecehh..bajet diri belakang aku,aku tak nampak la signal dia.mamat ni leh suh awek dia kuar dulu pastu dia naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat umah aku pastu dia turun balik kat tingkat 13,tingkat awek dia keluar tadi
punya la fuuuuuuuuuuuuuuu...

kalau ko nak bermaksiat sekali pun,tak payah la obvious sangat wey.tu dah lapuk la.
orang dah tak pakai taktik macam tu.
haha.

dah la.off story.nak tido.laki dah suh tido tadi tapi aku bantai rak tido.kopi punya pasal huhu!
ok.chiao.

Saturday, October 15, 2011

Jumaat = letih + penat + tido awal

ooo semalam memang la jumaat haha!
aku tak tau la nak letak tajuk apa.
sekarang ni,tetiba rasa muda.so letak la lagu ni kat blog XD

so nak cecita la apa yang berlaku semalam.
whaaaaatttt a hectic day.....
so semalam masa nak pergi ambil barang dekat stor yang sikit punya jauh dari klinik sambil menolak troli.masa nak menyorong troli,terjumpa la si meow ni..


kesian dia.macam takut2 je dengan orang.nak bagi makan,makanan kucing dalam kereta.takkan la aku nak mengangkut lak makanan kucing tu dalam poket =.=
takpe la kucing.aku tau kau akan berusaha mencari makanan walaupun aku tau memang nasib kau akan berakhir kalau ada orang yang berhati kejam jumpa kau.
*lap airmata

ok dah.tutup cerita pasal kucing.
nasib la jalan tak jem semalam sebab kebiasaan nya memang la sangat jem.mau 1 jam sangkut dalam jem yang tak bergerak.
so sampai je umah,aku mandi2 cepat2 gerak pergi cheras jumpa si dia
*ehem ehem.sakit tekak pulak hehe!
sebelum tu,pergi makan-makan dan ber-shopping di Watson
kebetulan jumpa something yang aku rasa aku tak jumpa kat luar,so si dia pun belikan untuk aku.
JENG JENG JENG

*aku ni kipas-susah-mati Angry Birds.so,tak boleh buat apa la haha!

pergi makan-makan dulu pas2 nak jejalan ke setapak.
disebabkan si dia seorang kaki bundle,so aku pun bawakkan la ke tempat yang dia nak pergi.
biasa la.aku ni kan driver je.bukan tau jalan pun haha!

jalan punya jalan,aku tak sedar dah pukul satu pagi.
bla bla bla..
aku pun hantar dia ke Cheras.aku pun balik la Pantai Dalam

masa on the way nak balik,
yang paling best,aku berlumba jap dengan satu kereta kancil ni haha!
dah dia bawak macam orang gila,aku pun nak join gak
XD

so sampai umah,aku tengok parking dah penuh.
terpaksa la park dekat belakang flat yang berlumpur semua.
lantak la.
nak tido punya pasal.lain kali je basuh kereta tu.

ZZzzzzz....*dah pukul 2.30 pagi



Thursday, October 13, 2011

:))

esok NO CLINIC!
haha!
suka suka suka! XD

tapi bukan boleh cucuk langit pun.banyak kerja nak kena buat.kebetulan,esok agak kurang staf.ecehh.kemain haha!

besides of that,actually i miss someone.
she totally pissed off with me last night.
i'm sorry :'(

Tuesday, October 11, 2011

O LA LA..

tengok tajuk pun rasa penat haha!
semalam memang aku rasa macam nak tercabut tulang-tulang ni.
siap tido awal lagi.pukul 8.30 pulak tu haha!
sempat lagi bangun pukul 2 pagi,minum air pastu belasah tido tak sedar diri sampai pukul 6 :p

*apa yang penat pun aku tak faham =.=

oh hari ni dah masuk dua hari aku jadi lacto-ovo-vegan :))
well,
sebenarnya aku ingat nak jadi lacto-vegan tapi masalahnya,kalau lacto-vegan,aku boleh ambil apa2 dairy products kecuali telur.kalau lacto-ovo-vegan,boleh makan telur tapi tak boleh ambil mana2 dairy products.
di Europe,kebanyakannya mengamalkan lacto-ovo-vegan.
bila aku dah baca kebaikan dan kelemahan semua jenis vegan types.
so..
aku decide nak ambil lacto-ovo-vegan
:))

ada yang tanya,kenapa aku tetiba je nak jadi vegetarian.
macam-macam orang assume tapi aku tak cakap apa.
senyum je :))
sebenarnya,masa dekat kolej lagi aku dah amalkan vegetarian.mula dari sem 2 sampai habis sem tapi masa tu,pengetahuan masih cetek.
tak buat apa study,terus je jadi vegan.pure vegan pulak tu.
start tu la datangnya gastrik,bagai.
badan pun naik 10kg dalam masa 2 tahun sebab satu hari,minum 3-5 kali MILO FUZE.
bayangkan la berapa banyak untuk 2 tahun.


*trust me,u can gain over 2kg/month if u drink MILO FUZE continously.i experienced it.

bila habis belajar,aku pun berhenti la jadi vegetarian sebab tak tahan dengan ujian dari mak aku haha!
aku terus jadi pemaging sampai la dua hari yang lepas.
actually,aku takde la nak terus tetiba je jadi vegan.
take time maaa..
tengah nak train perut ni.

wish me LUCK!
haha!

XD