Wednesday, July 4, 2012

Don't Leave Me High.. Don't Leave Me Dry



tingkahlaku aku normal,
tiada airmata,tiada tangisan jiwa.
walaupun jauh sudut hati,
aku tahu aku sedang rindukan siapa.


aku masih teringat saat2 aku melihat tweet dari abang kau.
"ez dah meninggal"
aku terkesima.
adakah aku bermimpi atau sekadar jenaka bodoh seperti biasa.
sehingga kini,
aku harap semua ini hanya konspirasi untuk kau menjauhkan diri.


ahh..
bodohnya aku. 
konspirasi bodoh apakah yang aku fikirkan?
tidak..
aku harus terima realiti yang kau telah pergi sepertimana aku menerima realiti perginya ayah aku dari hidup aku..


9hb Julai 2012
genap la sebulan kau menghilangkan diri sepenuhnya.
jasad tertanam tujuh kaki di bawah sana,
cuma roh mu terawang sentiasa,
melihat kami dari atas sana.

maafkan aku jika membuat kau terseksa
dari setiap titisan airmata.
aku harap kau tenang di sana.


insyaAllah,satu hari nanti kita ketemu jua.



Sunday, June 10, 2012

selamat tinggal kamu

aku termangu,membisu seribu
aku pandang langit,hatiku menjerit namamu
kalau la kau tahu.. isi hatiku.
aku tahu mengapa kau menyepi
diam seribu,menyendirikan diri
maafkan aku jika hatimu terluka lagi
akibat kataku yang memakan diri.

aku harap diberikan peluang sekali lagi
memegang tanganmu,memohon simpati
agar dirimu dapat memaafi
setiap perbuatan dan kata keji dari diri aku ini
tapi semua sudah terlambat
kau pergi,takkan melihat 
matamu terpejam,jasadmu kaku

selamat malam,bunga matahariku
kau pernah menyinari kelam hidupku
terima kasih dari ku untuk mu
"remember this,i'll always remember you."

so long and good night.
always miss you till the day i die

RIP Ezreen Emira Sulaiman
9th March 1986 - 6 June 2012



Sunday, May 27, 2012

egonimisme

malam ni memang malam yang pada aku,memang buat aku hilang sabar.
aku tak boleh nak tolerate dengan ego dan kemarahan kau.

bila aku ego,kau pun nak ego,
satu apa pun tak jadi.
aku takut kalau kita bersatu,
semuanya akan tunggang langgang akibat api kemarahan kita berdua.

biar la.
aku bagi diri kau peluang bersendiri.
begitu juga aku harap dari kau.

semoga selepas menikmati secawan teh hijau,
aku mampu berfikir dengan tenang.

jika aku rasa kau masih perlukan aku,
aku harap Tuhan akan bawa aku kepada kau.
terima kasih untuk malam ini.

goede nacht
selamat malam.

Saturday, May 26, 2012

Selamat Hari Bapa (walaupun dah lepas)


#nowplaying The Killers - Smile Like You Mean It


on June 17th merupakan hari Bapa. tapi ayah dah takde. aku tak tau nak wish dekat siapa.
aku harap aku mampu senyum seperti biasa.
seperti hari-hari semasa ayah masih bersama.


semoga ayah tenang di sana.
i love you.
forever.

Saturday, April 28, 2012

love you


rindu dekat mak.
rindu sangat.
kalau dia ada sebelah sekarang ni,aku nak peluk dia.

love you,mom.
:')

27042012


OHSEMMMMMMMMMM wei XD




Petang Yang Panas

aku tak berapa suka dengan cuaca sejak dua tiga menjak ni. panas tau? dah mandi pun,serupa tak mandi. melekit je. ish. tak suka tak suka! melayan bosan yang teramat sangat,aku pun tengok youtube. apasal banyak sangat update pasal Bersih 3.0?? well,bukan kata aku tak interested tapi bak kata orang,respect others. biar la pendapat lain-lain asalkan kau tak kacau pinggan nasi aku eh ada kaitan ke? muehehehehehehe ok. tatatatataatatatatatat

Monday, March 5, 2012

lebih baik aku pergi dari menunggu.

Dulu,kau kata aku lah sahabat baik kau. Kau takkan ketepikan aku walaupun sesaat.
Kau kata hidup takkan sempurna tanpa persahabatan kita.

Aku sayangkan kau. Dan perasaan itu tak pernah berubah walaupun aku selalu mendiamkan diri dari berkata.
Aku tak sehebat kau.
Aku bukan ulat buku.
Aku tidak sebijak kau.
Aku tidak petah berkata.

Sejak akhir ini,aku rasa kita semakin jauh.
Jauh dari fantasi dahulu.

Kau sudah ada sahabat baru.
Ya,sahabat dan segalanya untuk kau.
Sahabat yang sentiasa menyokong kau.
Bukan seperti aku,yang selalu membuat tuduhan tidak berbukti kepada kau.


Hati aku tak pernah silap bila aku katakan jika aku ini cuma persinggahan sementara kau.
Tidak mengapa.
Asalkan kau bahagia.

Aku lebih rela menjauhkan diri dan menghilangkan diri aku sepenuhnya dari hidup kau.
Semoga kau lebih tenang dengan kehidupan baru kau.

Sebelum itu,aku mahu ucapkan selamat hari lahir yang ke26 untuk kau pada 9 mac ini.
Semoga kesihatan kau lebih baik,lebih sempurna dari sebelum ini.

Don't worry.
I'll disappear myself completely.
See you in the next life.

Thursday, March 1, 2012

weeeee~

Waaa..pasni boleh la aku hapdet selalu blog ni memandanhkan selalu boleh online tapi.mengira masa keh keh!

Monday, January 23, 2012

Buat Yang Dikasihi Dan Disayangi

#np Evanescene - My Immortal

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along..


sejak dua menjak kebelakangan,aku terasa seolah-olah seperti aku berada dalam suasana ketika arwah ayah tinggalkan aku buat kali terakhir.
sunyi. hanya tangisan sahaja yang kedengaran.
setiap airmata yang mengalir,aku masih terasa kehangatannya.

6hb Februari 2012,genap 100 hari ayah tinggalkan kami.
tapi masih sukar untuk aku terima yang sebenarnya ayah dah tinggalkan aku.
walaupun aku senyum tapi sudut hati aku,cuma suram dan gelap.
aku rindukan ayah.
aku cuma rindukan dia.

#untuk ibu

ibu,
angah tahu antara semua orang,ibu yang paling menderita.
penderitaan yang tak terungkap dengan kata-kata dan keperitan jiwa yang disulami airmata.
jauh sudut hati angah,
angah tahu angah takkan dapat padam penderitaan ibu
tapi angah cuma mampu mengungkai penderitaan ibu dengan kata-kata dan gelak ketawa.

ibu,
hidup kita cuma pinjaman nyawa dari Allah SWT kepada kita.
sampai masanya,kita perlu langsaikan hutang-hutang tu.
sementara Allah belum mahu ibu melunaskan hutang ibu padaNya,angah harap ibu dapat teruskan langkah dan kudrat yang ada untuk menjalani hidup ni.
kuatkanlah semangat ibu untuk anak ibu yang sentiasa sayangkan ibu.

ibu
mari ke sini ku sisip airmatamu
semoga gundah tak keruan tak menentu pergi berlalu
ku harap hatimu girang selalu
dari mentari subuh hingga ke gelap langit biru

sungguh pun dia telah tiada,
tapi jiwa dan hatinya sentiasa bersama
ku harap kau sentiasa tabah
menjalani hidup untuk yang tercinta

:)


#untuk adik Tasha

adik,
angah faham apa yang awak rasakan sekarang ni.
kita kehilangan seorang ayah tapi angah tahu,kepedihan yang awak rasa sekarang
takkan sama dengan apa yang angah rasa sekarang.

awak membesar,bermanja dengan ayah bila ibu bekerja.
ayah la tempat awak mengadu,tempat awak bergurau.
angah masih teringat masa awak cerita dengan angah tentang kesedihan awak bila tiada siapa lagi lepas ni yang akan belikan awak hot dog bila awak balik sekolah.
tentang kesedihan tiada siapa yang akan hantar awak depan pintu sekolah,cium dahi dan pipi awak lagi.
tentang kesedihan tiada siapa yang akan meminta awak buatkan air kopi pekat.

awak tahu,
di saat angah menaip blog ni,
airmata angah tak berhenti mencurah.
hati angah terbuku.
seolah-olah tiada kekuatan untuk menahan airmata.

adik,
kadang kala bila Allah SWT turunkan hujan untuk kita,
kita selalu merungut.
kita tak pernah berterima kasih.
bila Allah SWT berikan panas tanpa hujan,
kita tetap merungut dan mengharapkan hujan datang.

itulah kita,manusia.
bila dia ada,kita tak pernah berterima kasih pada dia kerana membesarkan kita,membelai kita dengan penuh kasih sayang.
bila dia tiada,kita mengharapkan dia kembali semula
tapi sayang..
dia dah tiada. dia takkan datang.

adik,
tujuan angah menaip dan bercerita bukan untuk mengundang airmata awak
tapi angah nak awak berterima kasih dengan sisa hidup yang ada.
Allah SWT ambil ayah dari kita tapi Dia beri kita peluang untuk berterima kasih dengan memberi kita seorang ibu untuk berteduh.
angah harap awak hargai ibu sebaiknya.
jadi lah anak yang baik untuk ibu.
awak la satu-satunya permata dari ayah untuk ibu.
janganla kecewakan hati dia.
janganla awak biarkan setitis airmatanya jatuh.
kuatkan langkah dan hati untuk ibu.
dan..
lagu untuk awak,

semoga mentari sentiasa menyinari dan membuat awak tersenyum
:)

# untuk adik Adi

adik,
untuk awak,angah doakan yang terbaik.
angah tahu,
awak pun masih terasa lagi saat awak menangis di hadapan jenazah ayah.
semoga bila awak dah melihat sebujur kaku ayah di situ,
awak akan melihat bahawa hidup cuma sementara.

sejak ayah tiada,
angah sentiasa berdoa semoga Allah dapat berikan hidayah kepada awak supaya awak dapat membuka hati untuk-Nya dan menerangkan kegelapan hati dan jiwa awak dengan cahaya.

sedikit semi sedikit,
berkat doa dari seorang ibu kepada anaknya,
sekarang,
emak mampu senyum.
angah harap awak takkan padam senyuman dari bibir emak.
itu sahaja.

emak sentiasa mengharap yang terbaik untuk awak.
janganla kecewakan hati dia lagi.
cukuplah luka yang awak tinggalkan sebelum ini.

untuk membersihkan sehelai kain kotor kepada sehelai kain putih,ia memerlukan
kesabaran dan kekuatan.
semoga awak sentiasa kuat untuk dugaan hidup.
dan semoga,
awak sentiasa meminta ampun dari Yang Esa supaya mengampunkan dosa-dosa awak
pada ayah..

# untuk Along

di sebalik berdiam diri dan tidak berkata apa-apa,
angah tahu sebenarnya hati kau menangis.
seorang lelaki,
akan jatuh egonya bila airmata mengalir bukan?

tapi saat ayah tinggalkan kita,
kau menangis.
kau menggosok kepala angah,meminta angah bersabar.
kau pegang bahu adik,meminta semangat agar menjadi kuat.
terima kasih
kerana memberi kekuatan.

selepas kehilangan ayah,kau kehilangan ayah mentua.
dugaan yang datang tanpa mengira batas masa.
semoga kau tabah dan kuat untuk si isteri yang berduka.

untuk kau,
tak perlu la angah berkata apa.
cuma angah harap,kau takkan lupa doakan untuk ayah.
cuma doa anak-anak sahaja yang menjadi peneman ayah di sana.

#untuk makjang Maimon

makjang,
terima kasih sebab selalu nasihatkan adah.
terima kasih sebab selalu pujuk hati adah supaya berhenti menangis.
terima kasih sebab selalu ada bila adah perlukan bahu untuk bersandar.

adah takkan lupakan saat kita menangis bersama kerana rindukan ayah.
takkan adah lupakan saat tu sampai bila-bila.
kadangkala kita rasa kita cukup kuat untuk tidak menangis
tapi silap kan?

makjang,
kita berdua sama-sama kehilangan orang yang tersayang tapi makjang menghadapinya lebih dari yang adah rasai sekarang.
kehilangan ibu,anak dan abang.
adah belajar mengenal erti kekuatan semangat untuk teruskan hidup dari ceritera makjang.
ceritera hidup yang diumpamakan para sasterawan sebagai "satu teater di atas sebuah pentas"

makjang,
semoga makjang akan lebih kuat menghadapi dugaan hidup yang takkan berhenti.
dan semoga..
makjang sentiasa senyum dan takkan lekang darinya sehingga ke akhir nyawa
:)

#untuk ibu saudara dan ayah saudaraku yang lain

terima kasih adah ucapkan.
terima kasih yang tak terhingga dan tak terbilang seperti bintang di langit.

di saat adah perlukan kekuatan dan pelukan,
semua menghulurkan bahu dan tangan.
menepuk sisi badan,memberi kata semangat
agar kehidupan diteruskan

di saat adah bersuram,berduka
sentiasa ada kata-kata perangsang jiwa dari semua.
tak pernah lekang meminta senyuman.
terima kasih ya

:)

#untuk yang masih mempunyai ibu dan ayah

hargai la mereka sementara mereka ada.
ciumla tangan,mohonla kemaafan.
peluk la mereka selagi mereka berdaya.
janganla biarkan airmata menitis dari mata mereka.

kak adah pernah rasai keperitan bila kak adah memeluk arwah ayah akak tapi tangan dia cuma terkaku diam saja.
perlahan-lahan kak adah tarik tangan dia yang lemah memeluk kak adah.
perasaan masa tu..
cuma Tuhan je yang tahu.

kak adah harap,kamu semua
jadi la anak yang baik,yang mendengar kata.
jadi la anak yang sentiasa memberi senyuman untuk ibu bapa.
jadi la anak yang mendoakan kesejahteraan untuk ibu bapa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*silent mode*

Thursday, January 5, 2012

kehidupan cuma untuk pinjaman sementara..

redup di kala petang,tidak bermakna hujan di kala malam..
salam takziah untuk keluarga kakak ipar aku.
ya..
aku pun pernah alami perkara sebegini
aku faham apa yang mereka rasakan cuma
pada aku,aku tak sekuat kakak ipar aku.
selepas beberapa tahun kehilangan bonda dia yang tersayang,
sekarang ayahanda dia pergi meninggalkan mereka untuk selamanya.

tipu kalau aku kata airmata aku tak keluar.
saat-saat begini,aku boleh rasakan keperitan bila orang yang kita sayang dah tinggalkan kita..
aku masih terasa kepedihan menahan airmata dari terus mengalir,
mungkin secara zahirnya,dia dah pergi.
yang pasti,batin takkan melupakan dia walau sehingga ke akhir hayat..

bila berseorangan,
aku selalu berfikir
sekiranya aku di beri peluang kembali ke masa lalu,aku mahu pergi.
aku mahu tebus segala kesilapan dan dosa kerana kekhilafan aku.
aku mahu buat apa yang termampu.
kalau la aku tahu ini yang berlaku,
aku sanggup bersengkang mata untuk melihat dia senyum tertawa
Allah Maha Mengetahui.
hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

aku masih terasa di saat kehilangan ayah,
aku rasakan seolah langit runtuh di atas aku.
dada terhimpit,seolah2 tiada ruang untuk bernafas
terasa mahu mati tapi..
Allah Maha Adil.
Dia berikan aku peluang untuk hidup supaya aku dapat menginsafi setiap kematian dan
menghargai sesuatu walaupun untuk sementara.

hidup ini cuma pinjaman semata-mata.
setiap yang dipinjam,akan diambil semula.
begitu juga dengan hidup kita.

semoga roh allahyarham pakcik Abdul Ghani
berada di kalangan tempat orang yang beriman,
dikurniakan rahmat dan berkat
dari Allah SWT
amin..